Thursday, 23 January 2014

MY FAIR LADY - Bab 1



MY FAIR LADY
Kepada tulang rusuk ku ...
Akan ku sentiasa menanti dan berdoa…
AGAR kau mencari dan mendapatkan ku ...
agar dipertemukan denganmu...
Jika bukan disini, mungkin di syurga...

Bab 1

            Deringan loceng telefon bimbit mengejutkanku dari tidur. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Awal lagi untuk aku bangun. Mataku masih terasa mengantuk sangat. Apatah lagi, dengan cuaca sejuk yang amat menusuk kalbu. Ku tarik selimutku semula. Malasnya nak bangun. Ku tekan snooze dan terus sambung tidur kembali.

            Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Kedengaran laungan azan subuh berkumandang. Terpisat-pisat aku terjaga daripada tidur. Aku bingkas bangun dan tanganku segera mencapai tuala. Kakiku melangkah ke bilik air dengan pantas.

            Selepas sembahyang subuh, aku terus melangkah keluar dari bilikku menuju ke dapur. Aku membancuh segelas nescafe dan menyediakan sandwich tuna. Masih terlalu awal untuk aku ke pejabat. Nur Iman Airis. Tiba-tiba hati mengundang rindu. Rindu pada senyuman manisnya. Juga pada ciumannya. Alangkah bagusnya jikalau Iman tinggal bersama aku secepat mungkin. Tidaklah aku terasa sunyi sangat seperti sekarang. Lalu aku mencapai laptop aku dan mula melayari internet.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            “Assalamualaikum, baru pindah masuk ke?” Suara seorang lelaki muda menyapa aku di dalam lif. “Waalaikumussalam, ya baru malam tadi. Nama saya Aryan Anaqi.” Kataku sambil menghulurkan tangan. Tanganku disambut ramah oleh lelaki tersebut. Setelah bersalaman, lelaki itu sambil tersenyum memperkenalkan dirinya. “Saya ini Saiful Azizul. Panggil aje Zul. Kita ini berjiran. Kalau awak nak apa-apa pertolongan, jangan pulak segan nak tanya. Awak tinggal seorang aje ke? Belum bawa orang rumah lagi?” Azizul bertanya selamba.

            “Sementara aje. Minggu depan umie dengan abah akan datang tinggal bersama saya.” jawabku dengan harapan tiada soalan lagi dari dia. Aku sengaja tidak menyebut tentang orang rumah. “Oh baguslah begitu. Awak ini bujang lagi ke? Masih belum berpunya?” soal Azizul sambil mejongket keningnya. Wajahnya penuh dengan tanda tanya.

            Peliknya Azizul ni! Baru saja kenal, tidak sampai 5 minit pun lagi tapi sibuk bertanya mengenai soal peribadiku yang sememangnya aku tidak suka kongsi dengan orang luar.

            “Belum ada yang berkenan. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya.” Aku cuba berdalih. Dalam hati, terasa geram sangat dengan soalan Azizul. Kenapa soalan ini selalu ditujukan kepadaku sedangkan hati ini sudah lama tertutup. Mungkin juga untuk selamanya.

            “Tapi…” belum sempat Azizul menghabiskan kata-katanya, pintu lif terbuka di tingkat 6. Seorang gadis masuk ke dalam lif sambil tersenyum melihat Azizul.

“Good morning, Zul. Member baru ke? Takkan tak nak kenalkan pada Ayu.” Gadis itu menyoal Azizul tanpa segan silu. Tanpa disedari mata aku melihat pada penampilan gadis itu.Dari atas sampai bawah. Sudahlah tidak menjaga aurat, pakaiannya pun seksi sangat.Gediknya semacam aje ini.

            “Morning morning. Ayu, ini …errrr…errr…Aryan ke Anaqi…Mana-mana pun boleh je kan.” Azizul teruskan bercakap tanpa menunggu jawapan dariku. Terasa darahku naik ke kepala. Aku terpaksa pendamkan amarahku. Memandai je Azizul ni!

             “Anaqi ni jiran baru saya. En. Anaqi, ini Sari Hidayu gadis yang paling glamour di kondo ini.” Azizul memperkenalkan Ayu dengan tersengih-sengih macam kerang busuk.
           
            “Assalamulaikum, Cik Ayu. Susah sangat ke nak bagi salam dulu. Elok sangat lah bergood morning. Macam orang barat. Kita ini sepatutnya bangga dengan adat ketimuran kita. Bukan naungkan budaya barat.” Aku terus hamburkan kata-kata dengan spontan. Marahku bukan pada gadis ini tetapi pada Azizul. Aku tidak suka orang memanggilku dengan panggilan Anaqi. Ayu tergamam sementara Azizul pula terkekeh-kekeh ketawa. Wajah Ayu sudah merah. Mungkin kerana menahan marah ataupun mungkin juga kerana malu.

            Pada masa yang sama, pintu lif pun terbuka. Dah sampai di tingkat bawah rupanya. Ayu terus keluar dari lif dengan wajah masam dan berjalan pantas meninggalkan kami. Azizul terpinga-pinga melihat Ayu pergi. Aku pula kebingungan . Salahkah aku tegur tadi?

            “En. Anaqi, kalau awak tak suka pun, janganlah marah dia macam itu. Tengok dia dah merajuk pulak. Nanti esok mungkin dia tak nak tegur saya lagi.” Azizul menegurku.

            “Zul, tak payah berencik-encik dengan saya. Panggil saya Aryan. Saya tak suka orang memanggil Anaqi. Harap Zul faham yea.” Aku berkata dengan tegas. Sengaja aku tekankan perkata   n Aryan itu.

            “Okay lah Aryan. Nampaknya kita dah berkawan. Saya pun senang dengan Aryan ini. Nanti malam bolehlah kita lepak bersama,” kata Azizul sambil memakai topi keledar. “Aryan, kerja kat mana?”
           
            “Sebenarnya saya nak pergi KL Sentral. Di mana saya boleh dapatkan teksi?”

            “Tu kena jalan kaki ke jalan besar. Kat situ.” Aku melihat ke arah yang ditunjukkan. Ternampak banyak kenderaan sedang melalui jalan raya tersebut.

            “Sini memang selalu heavy traffic macam ini ke?” tanyaku sambil melihat jam tangan. Alamak! dah pukul 8.20 pagi. Aku dah terlewat ini. Takkan hari pertama aku lambat masuk ofis.

            “Nak saya tumpangkan awak tak?”

            “Tak apalah Zul. Lagipun saya boleh naik teksi. Dah lambat ini. Kita jumpa malam nanti.” Tanpa melengahkan masa, kakiku melangkah menuju ke jalan raya. Aku terserempak dengan seorang wanita berkulit cerah dan bertudung biru bercorak bunga-bunga kecil sedang berdiri di tepi jalan.

            “Excuse me, cik. Di mana saya patut tunggu untuk teksi?” Wanita itu menoleh ke arahku. Hah!!! Terkejut aku tatkala memandang wajah dia. Wajah yang mengingatkan aku pada seseorang. Seorang yang amat istimewa dalam hidupku. Tetapi, siapa dia ini? Tak mungkin kembar! Itu aku pasti. Teramat pasti. Tapi dengan izin Tuhan tiada yang mustahil. Aku merasa suatu perasaan aneh menular ke seluruh jiwaku. Perasaan ingin tahu menguasai akalku.

            Aku pandang lagi sekali wajah yang amat aku rindui selama ini. Manisnya dia! Aku terpegun melihat kecantikkannya. Tapi, sayang sekali aku tidak berhak untuk membelai wajah ini. Aku sedar ini hanyalah mirip. Orang kata, pelanduk dua serupa!

            Wanita itu pandang aku dengan wajah mencemek. Dia mesti hairan kenapa aku memandangnya tanpa berkelip. Mungkin jugak dia salah sangka terhadap aku.

            “Minta maaf, cik. Saya ini orang baru kat KL ini. Baru pindah semalam. Jadi saya tak tahu di mana nak tunggu teksi.” Aku cuba menjelaskan masalah aku macam budak kecil mengadu kepada ibu. Dia tidak bersuara tetapi tangan dia menunjukkan ke arah kiri. Aku pun mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan. Ternampak sebuah perhentian teksi.

            “Terima kasih.” Dia masih tidak mengucapkan sepatah perkataan pun. Aku terus beredar menuju ke arah perhentian teksi. Sombongnya perempuan itu. Macamlah orang nak usha dia. Tapi dia itu kan cantik dan manis orangnya. Kalau usha pun apa salahnya. Kalau lah dia tu Nilamku….hmmm… Dia tidak bersuara pun tadi. Tiba-tiba aku terfikir. Mungkinkah dia itu bisu? Tapi pelik sebab dia boleh dengar pulak apa yang aku cakap tadi. Mungkin juga dia ni bisu saja tetapi tidak pekak. Aku mula membuat andaian sendiri.

            Aku terus menahan teksi. “KL Sentral” kataku. Aku duduk di tempat belakang setelah pemandu itu mengangguk. Teksi pun berderum meninggalkan perhentian tersebut.

            Sepanjang perjalanan entah mengapa hatiku asyik teringatkan wanita manis itu. Manis ke kalau dia tu jenis sombong semacam. Senyum pun tidak.Hmm, entahlah.. Tetapi dia memang manis dimataku.

            Kenapa aku boleh angau sangat dengan perempuan itu. Mungkin sebab dia terlalu mirip dengan Nilamku. Macam mana sekali pun aku kena siasat siapa dia ni. Hati ku teringin sangat untuk mengenali wanita tu. Tapi bagaimana yea? Hah tanda tanya lagi.

No comments:

Post a Comment